Majalah Mesir mulai melancarkan seranganmembalas karikatur majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW pekan lalu. Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kemarin di bawah slogan “Lawan karikatur dengan karikatur”. Salah satunya menunjukkan pemandangan Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) terbakar dengan kapsyen berbunyi “Kaca mata Barat bagi dunia Islam”. Majalah Charlie Hebdo menyiarkan karikatur susulan klip video yang dimuat naik menerusi YouTube awal bulan ini. Hampir 60 orang dilaporkan terbunuh dalam protes ganas membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur majalah itu.
Protes membantah filem itu tercetus di Mesir dan Libya pada 11 September lalu. Al-Watan dilaporkan memperuntukkan 12 muka surat untuk membalas kandungan dibawa Charlie Hebdo. Karikatur-karikatur dimuatkan dalam dua halaman penuh. Sesi itu juga menyertakan artikel ditulis oleh penulis-penulis sekular popular, antaranya Pengarah Penyelidikan Carnegie Middle East Centre, Amr Hamzawi dan Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa. Pembaca-pembaca Al-Watan, yang kritikal seperti Presiden Mesir, Mohammed Mursi, memberi reaksi positif dengan memuji ide tersebut.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar